#78 gunung datuk, checked !

tarikh : 06092014
jumlah : 21/22 orang
tempat berkumpul : rnr seremban

anyeongggggg! hik hik hik. maaflah lambat nak update aktiviti hiking ni. okay aku malas nak memulakan dengan mukadimah yang panjang. meh aku terus ke cerita aku ni. dalam pukul 5 pagi, semua dah kena ada di rnr seremban untuk sama-sama berkonvoi ke tempat hiking, tak salah aku di rembau. kan ? aku bergerak dari rumah pukul 3 pagi untuk pick up member aku. perjalanan pagi yang cuma ditemani dengan lagu-lagu di radio dan perasaan mengantuk. ini kali pertama aku gigih drive pagi-pagi buta bersendirian. tapi kan, it's kind of fun to drive alone at that time. rasa... tenang [:

dipendekkan cerita, pukul 5 pagi dah sampai rnr seremban. sementara tunggu kawan-kawan yang lain, sempatlah aku beli nescafe satu tin buat tahan mata. sambil-sambil tunggu ada yang beli breakfast. bila dah complete semua ada, barulah mula konvoi ikut highway ke tempat hiking. *dayumm aku tak ingat banyak oh*

lepas singgah subuh kat satu masjid ni, baru gerak pergi tempat hiking ni. area gunung datuk ni bagi aku agak ceruk juga lah kena lalu jalan masuknya kecil aje. bila dah sampai kat base, dah ada banyak kereta kat parking. parking area agak limited dan sempit. masa kitorang sampai pun, nasib baik masih ada port nak parking. kemudahan tandas so-so lah. surau kalau tak salah aku, open area. parking fee 2myr. dan entrance fee seorang 5myr. sebelum mula, kitorang buat warm up dulu. 

pendakian bermula jam 8 pagi. dan berbekalkan dua botol kecil air mineral dan dua roti krim, aku pun naik. mula-mula naik sekali semua jalan sama. tapi tak lama lepas tu, berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. aku macam biasalah, cermin mata berkabus, peluh tak payah kata. banjir. mula naik tu aku kira laju juga lah jalan tapi makin slow. ha ha ha biasalah aku awal-awal je semangat acah-acah fit. half way dah pancit. aku tak ambil gambar banyak pun sebab aku rasa serabut naik ramai-ramai dan sebenarnya agak rugilah bila dah sampai puncak tak ambil banyak gambar.

dalam pukul 10 pagi, sampailah kami kat puncak. masa nak naik ke puncak berbatu tu memang kena be extra careful sebab tangga tu licin dan bergoyang sikit. masa sampai kat puncak ni tak ramai lagi, so bolehlah nak ambil gambar banyak kali. tapi aku cuma duduk je atas batu tengok kabus tebal berarak laju. sejuknya tak payah kata, sejuk sampai menggigil. lagipun aku bukan jenis yang tahan cuaca sejuk tu yang senang gigil tu.

agak lama jugalah kami kat puncak. dalam sejam lebih. turun pun sebab puncak dah mula crowded. perjalanan turun boleh kata rileks juga, tak penat sangat macam masa nak naik. dalam pukul 2 petang, aku sampai kat base. minum minum sambil tunggu the last group turun sebelum ke masjid untuk mandi dan bersolat. dan kemudian singgah makan. serius cakap, best gila masa ni makan selepas hiking. nikmat sedapnya berkali ganda. kih kih kih. sebenarnya lapar. siap makan, salam salam dan bergerak balik.

overall, it was fun really. cuma mungkin sebab ramai muka-muka baru buat aku jadi segan. dan pasif. dan to be honest, aku agak tidak selesa to be in the crowd, so close to me. ahahahaha. nah belanja gambar. *gambar tak banyak sebab ralit melayan kabus atas puncak*






No comments:

Post a Comment