#77 belajar main roller blade

ini pertama kali aku main roller blade, kononnya nak belajar main bila tengok orang main macam senang. setakat pakai kasut beroda lepas tu jalan macam biasa meluncur laju. itu tanggapan aku sebelum aku menyarungkan kasut beroda ke kakiku. sebelum terlupa, aku main roller blade dekat dataran putrajaya yang menurut kawan aku, ianya dibuka dari jam 8 malam sampai 12 malam. dan aku nasihatkan, nak datang, datang awal kalau nak dapat parking dekat. aku dan kawan-kawan yang aku sayang sampai kat dataran dalam pukul 11++ juga. nak masuk ke kawasan dataran tu pun dah sesak, ditambah pula dengan kegigihan nak cari parking. walaupun dapat parking jauh, it's okay. boleh buat senaman kaki sikit berjalan.

dekat dataran tu ada banyak roller blade, basikal, kereta kanak-kanak, skuter kecil untuk disewa dengan harga berpatutan. giant bubbles pun ada. dan jangan risau, kalau tengah main-main tu tiba-tiba rasa haus, boleh beli air kotak sejuk yang banyak dijual. pastikan lepas makan minum tu, sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan okay? (:

berbalik kepada pengalaman pertama aku belajar main roller blade, aku dan kawan-kawan aku pun masing-masing sewa roller blade dengan harga 10myr untuk 30 minit main. tapi kakak tu baik hati bagi extra 15 minit sebab masa tu dah nak kemas. 


mula-mula je excited berdiri pegang tangan macam ni steady la. ini baru warm up ambil gambar dulu sebelum berderet adegan jatuh terguling-guling berlaku. hahah! mujur ada put, hawa, ain dan aleng boleh tolong pimpin tangan kami yang langsung tak pandai nak main roller blade ni. lama-lama, yang tinggal cuma aku je yang masih tak faham macam mana nak main roller blade tu. punyalah aleng ajar, ain ajar, put ajar. hawa ajar. semua tak berjaya. mungkin aku kena beli dan main sendiri, praktis kat rumah. 


dan lihatlah apa yang roller blade ni buat dekat aku. sepanjang belajar asyik jatuh je. sampai dah naik lebam lutut aku. tapi dari pembelajaran ni aku belajar beberapa perkara. pertama, there are peoples who really care about you, ketika kau sedang rasa macam tak ada sesiapa peduli. kedua, bila dah jatuh, kena lekas-lekas bangun dan jangan malu untuk minta bantuan daripada orang lain. ketiga. it's okay to put yourself in troubles. that will help you to be stronger. hehe


No comments:

Post a Comment