#72 weekend's bbq


15062014 -- disebabkan final exam bakal menjengah, dan kononnya ini dikirakan sebagai semester akhir bergelar degree student, maka kelas aku pun merancang aktiviti bbq. well, bbq adalah aktiviti paling basic kalau nak dekat habis semester macam ni. tak ke? 

dipendekkan cerita, lokasi bbq kitorang di sungai sendat, ulu yam bharu. ramainya tak payah cakaplah. hujung minggu, memang full. parking pun full. kitorang ambil port atas atas, jauh juga lah nak menapak ke atas. dengan bawa ayamnya, air kotaknya, air mineralnya. fuh! 


sebab wire mesh nak bakar ayam belum sampai, semua pun pergi mandi-mandi dulu. walaupun masing-masing punya perut dah berdondang sayang. kihkih. aku tak rendam mana pun, aku lebih suka berangan duduk atas batu sambil kaki acah-acah mermaid main air. 


bila barang dah sampai, bermulalah sesi membakar ayam, daging dan sosej. azrai tolong marinate ayam dan daging sedapnyaaaaa! rasa nak menangis bila masukkan daging yang dah siap bakar dalam mulut. terharuuu sebab sedap! aku yang perempuan pun tak pandai nak marinate sedap macam tu. cukup nasi goreng, mashed potato, air sunquick bro kils, buah pencuci mulut. rasa best je makan ramai-ramai. hehe

habis makan, sambung mandi ambil gambar. main baling-baling entah pape sempena birthdays. *aku paling tak suka bab ni. ada banyak reasons buat aku tak suka bila datang birthdays je nak main baling-baling telur ke tepung ke apa-apa lah.*

selepas asar, kitorang pun bergerak pulang. esoknya dah la ada final presentation, masih juga rileks pergi bbq. baguuuus! 

No comments:

Post a Comment