#73 floria putrajaya 2014

suka sangat sampai pergi dua kali ke floria ni. geram tengok bunga-bunga orked terutamanya. bukan suka sangat pun dengan orked, tapi mungkin kena tempias daripada mak sikit-sikit. kali pertama pergi dengan mak hari jumaat. lepas tu hari ahad pergi lagi dengan abang & burhan. gigih tak gigih lah kan bukannya dekat pun padahal nak drive ke sana.


semuanya cantik! rasa nak petik je semua bunga kat sana, lepas tu buat hand bouquet lepas tu pakai baju pengantin. eh? bunga teratai yang bawah sekali tu serius lawa! kenapa takda nurseri yang jual bunga teratai? bukan semua parit ada teratai boleh kutip sesuka hati. hm. 

ada macam-macam sections kat sana. ada jual-jual bunga (mostly orked favorite mak), ada pertandingan kucing, pertandingan orked, penyertaan sekolah dan universiti kategori hiasan bunga-bunga, ada petting zoo, ada giant bubbles. next year nak pergi lagi. nak beli kaktus cantik. 






No comments:

Post a Comment