mungkin ada sebahagian daripada kita yang sudah pun sedia maklum, kita sering disajikan dengan berita-berita berkenaan pesakit yang memerlukan organ baru bagi melangsungkan kehidupan dengan lebih sihat dan ceria. kan? selalunya kita dapat baca dalam akhbar, pesakit memerlukan jantung baru, buah pinggang dsb. menurut artikel ini (klik), seramai 16, 479 orang sedang menunggu untuk pemindahan organ buah pinggang. kita dapat lihat bahawa rakyat malaysia masih belum 'biasa' dengan pendermaan organ. ya, aku pun awal-awal tak terfikir langsung untuk mendaftar sebagai penderma. langsung tak terfikir.
sehinggalah, aku melangsungkan perbualan dengan seorang sahabat perihal pendermaan organ. dan dia sudah pun mendaftar sebagai penderma. perbualan ringkas yang menggerakkan aku untuk google berkenaan isu pendermaan organ, hukumnya di sisi islam. aku baca blog-blog mendapatkan point of views orang lain berkenaan isu ini. dan aku nekad menyatakan hasrat pada mak aku. aku minta izin nak daftar sebagai penderma. bincang punya bincang, mak aku beri keizinan dalam nada yang aku agak dia sebenarnya berat hati nak izinkan aku. dalam hal pendermaan organ ini, eloknya korang berbincang dulu dengan keluarga sebelum mendaftar. ok?
dan aku pun mendaftar secara atas talian di website ini (klik). isikan setiap maklumat yang diperlukan dan korang juga boleh pilih untuk mendermakan organ apa. antara organ yang boleh didermakan adalah jantung, buah pinggang, kornea, tulang, hati dan paru-paru. bila borang dah dihantar ke centre, tunggu nanti akan ada posmen datang hantar surat dari pusat transplan negara untuk kad ikrar.
kad ini jangan ditinggalkan, bawa letak dalam purse elok-elok. ok? in case, aku sebagai contoh, meninggal dunia. dan aku boleh untuk mendermakan organ yang dah pun aku ikrarkan. tapi, organ takkan didermakan jika keluarga aku tak beri keizinan. kiranya di sini, organ tak akan didermakan bila keluarga tak bagi keizinan walaupun kita dah mendaftar sebagai penderma. aku sarankan kat sini, korang kena betul-betul berbincang dengan keluarga. minta mereka beri keizinan untuk mendermakan organ korang bila korang dah tak ada nanti.
usaha kecil ini, dapat membantu pesakit-pesakit yang sedang menunggu penderma. dengan usaha kecil kita ini, mungkin dapat mengembalikan kehidupan mereka, memberi mereka semangat untuk menjalani hari-hari baru. why not?
jadi, apa tunggu lagi? jom daftar sekarang! semoga usaha kecil kita ini memberi manfaat dari setiap aspek. mudah-mudahan semuanya diredhai-Nya, insyaAllah! (:
No comments:
Post a Comment