#62 backpacking ke penang [day 2]

dan ini blogpost untuk hari kedua di penang. dan perancangan untuk hari kedua ni kitorang buat malam pertama kat guesthouse. amboi malam pertama. forgive my choice of words. hehe. macam dalam blogpost pertama, kitorang plan dengan bantuan brochures, waze, google dan peta. no worries, bak kata nekjah, georgetown ni kecil je. pusing-pusing jumpa gak. 


hari kedua kitorang bermula seawal 8.30 pagi ambik breakfast yang guesthouse sediakan. roti bakar dan kopi atau teh panas. dekat guesthouse pun ada pantry so lepas makan memang basuh pinggan cawan sendiri. lepas breakfast, kitorang sewa basikal. kitorang sewa dari guesthouse kitorang je sebab kalau nak cari yang lagi murah pun nanti jauh pula nak pulangkan. so, seorang satu basikal dengan harga RM15 untuk sehari (24 jam). memang gigih la mengayuh tapi bila dah enjoy the ride, penat tu tak rasa sangat. lagi pula leka tengok bangunan kiri kanan. 

street arts bahagian dua:
kitorang mengayuh la ke kawasan lebuh armenian, lebuh ah quee yang banyak street arts edisi ernest tu. tapi kebanyakannya dah pudar. ada yang completely hilang ditelan zaman. katanya ernest ada buat street arts baru tapi kitorang tak pergi sebab bila google tempatnya macam jauh je. 



antara street arts yang ernest buat. dan street arts ini la yang famous berbanding metal sculptures yang kitorang jumpa masa hari pertama. ada juga jual souvenirs macam keychain, poskad, buku nota dengan motif street arts ni. ikutkan aku nak beli set poskad street arts, tapi sebab gambarnya pecah-pecah so tak jadi beli. 

chew jetty
lepas dah habis pusing cari street arts kitorang sambung mengayuh pergi chew jetty. kat sepanjang pengkalan weld tu ada banyak clan jetties. menurut google, chew jetty yang paling hidup. nak ke chew jetty naik basikal memang mencabar lah kan nak melintas jalan utama. haha nasib baik ada pika yang power bab-bab melintas jalan ni. hahaha. dah la sampai terlajak simpang tak jumpa jalan nak ke chew jetty tu. 



kat jeti ni ada keluarga yang buka kedai souvenirs depan rumah diorang. ada yang sediakan homestay. ada yang buka kedai makan. kat chew jetty ada satu lagi street art tapi mungkin disebabkan ianya dilukis kat dinding papan dan terdedah pada matahari, lukisan tu dah hilang. kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan pun kat situ ada street arts. (atau dalam kes ni mungkin panggil wall arts?) penduduknya pun baik dan ramah. tapi kot ye pun jangan la havoc sangat sebab ada sesetengah penduduk yang mungkin nakkan privasi. ada rumah yang siap letak signboard "no photograph" depan rumahnya. so dalam hal ni, respect each other okay? :D


foundation rumah pun dia pakai tong-tong cat yang disusun memanjang lepas tu dituang konkrit kat dalamnya. dan kalau perasan, itu saki baki wall arts yang aku kata hilang tadi. nampak ke idok orang naik sampan tu? dah puas selfie kat jeti, kitorang pun meneruskan kayuhan cari street arts budak main basketball dan budak atas buaian. 

padang kota lama
dah habis makan aiskrim dan selfie, kitorang gerak pergi padang kota lama yang ada fort cornwallis itu. masa ni dah tengahari sebab rancangannya nak makan mee sotong hameed pata dan coconut shake jalil special ice kacang. dua-dua kedai ni ada kat medan selera kat area padang kota lama tu. 



kat kedai hameed pata tu, ada dua versi mee sotong. ada yang pedas. ada yang tak pedas. untuk sepinggan mee sotong tak pedas, harganya RM4. dan coconut shake + cendol semangkuk, RM5.50. mee sotongnya sedap. memang next time datang lagi, aku nak order terus dua pinggan kot. ;p untuk second round, order air kelapa + ais kosong dua gelas, RM2.60. dah setengah hari mengayuh, memang kena charge energy lah ceritanya. lepas tu baru kitorang masuk fort cornwallis dengan entrance fee RM2 seorang. 

kat dalam fort cornwallis tu ada gereja kecil, penjara, kubu dan meriam-meriam yang digunakan dulu. penjara-penjara lama tu digunakan sebagai ruang informasi pasal fort cornwallis tapi tak diselenggara so informasinya pudar dan "boring". 


ini gereja kecil yang ada dalam fort cornwallis. aku masuk dalam ni dengan perasaan berdebar-debar. mana taknya, kepala dok bayangkan macam-macam. sebelum masuk siap baca bismillah lagi. 


dalam fort tu juga ada arts corner seorang pak cik setiap hari berulang dari sungai petani. masa kitorang singgah, pak cik ni tengah siapkan satu lukisan. ya rabbi! lawa gila!!! setiap lukisan dijual dengan harga mengikut saiz lukisan. ada yang puluh-puluh, ada yang ratus-ratus. tapi pak cik ni bagi harga murah. satu lukisan yang asalnya RM70 dia bagi ambik dua untuk RM70. err faham ke tak? aku ada berkenan satu lukisan sunset tu, tapi sebab aku takda letak bajet untuk souvenirs sampai puluh-puluh, so aku tak beli la. sobs. 

dah pusing-pusing fort cornwallis, kitorang berehat sebentar kat situ rasa macam nak tidur pun ada sebab angin bertiup kuat. memang titanic ah. sunburn toksah kata. pasrah je. kitorang parking basikal kat tiang letrik depan pintu masuk padang kota lama tu. kunci sekali tiga. basikal tu kira harley davidson ah hensem sikit. nombor plat pun ikut turutan. 


kitorang sambung kayuh pergi pekena pasembur disebabkan tak tahu kat mana pasembur paling sedap kat sini, kitorang pergi je kat sini. restoran ni kat medan renong, lebuh duke. ini pun dapat daripada google. harganya jangan terkejut la tapi rasa tak munasabah juga la. kitorang ambik sepinggan yang bila nekjah kira cuma dalam lingkungan RM15 tapi pak cik kedai tu charge RM20. itupun dah tawar-menawar. kalau tak dia letak harga RM24. tipu ke tidak, itu antara dia dengan tuhan. not bad la untuk tekak aku. kuahnya pun sedap. yang tak bestnya, aku bayar RM3 untuk laici ais. sekali dapat laici basi -_________- tapi malas nak minta baru + kitorang pun serabut tak faham apa sebenarnya yang diorang cakap. serius tak faham. memang next time aku nak cari pasembur lain pula. hahahaha!

muzium pulau pinang


habis isi tangki perut, kitorang sambung mengayuh ke muzium. bayaran masuk RM1 seorang. muzium ni ada dua tingkat. dalam muzium ni ada diceritakan pasal penduduk-penduduk awal pulau pinang. ada pasal baba nyonya, cina, jawa. maciam-maciam lagi la. pastu ada cerita pasal zaman pemerintahan jepun, british. ada pasal pengangkutan awal kat penang. senang cerita semua pasal pulau pinang dulu-dulu la. dah nama pun muzium pulau pinang kan? 


ini basikal dulu-dulu apek guna buat jual rokok. rokoknya chap kuching. style kan tong rokok pun aku ingatkan tong jual aiskrim ke pau ke. 

purrfect cat cafe
pastu, kitorang pergi cafe yang menjual semua jenis barangan berunsurkan kucing. cafe ni ada dua tingkat. tingkat bawah jual baju, casing, beg semua ada motif kucing. dan kat tingkat atas la agaknya cafe makan-makan. selain tu korang boleh bayar RM18 seorang untuk bermain dengan lapan ekor kucing milik empunya cafe. 


disebabkan tiga ekor dah dibawa keluar, dan ada yang dibawa untuk check up, kitorang takda la bayar untuk main dengan kucing-kucing tu. tak syoklah. nak nak spesies yang aku suka tak ingat namanya tapi scottish fold, kucing tu pun dibawa keluar. yang tinggal semua kucing biasa. 

the camera museum
sebaris dengan cafe tu, ada muzium kamera. muzium ni dibuka setiap hari bermula 9 pagi sampai 8 malam. bayaran masuk berbeza mengikut kategori. untuk adult, RM20. untuk student dan senior citizen, RM10. untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, free entry. muzium ni menempatkan kamera-kamera lama yang digunakan dulu. ada yashica, leica, kodak. bentuk dia pun ada yang macam pistol, kotak. 





kebetulan masa kitorang datang, ada bos besarnya kot. dia willingly buat tour untuk kitorang + beberapa foreigners dan explain setiap satu daripada jenis-jenis kamera yang ada. masa dia dia tengah explain history of camera. masa dia explain pasal obscura, semua menganga. mana taknya, subjek yang nak diambil gambar kena duduk diam-diam selama beberapa jam untuk proses ambik gambar. proses nak ambik gambar dulu-dulu memang rumit wey. ada yang siap kena sketch la, kalau nak warna pun kena warna sendiri.

nasi kandar beratur


dalam pukul 9.30 malam, kitorang sambung mengayuh untuk makan nasi kandar beratur. restorannya betul-betul sebelah masjid kapitan keling. dibuka pukul 10 malam onward. macam biasa la, kitorang parking harley davidson sebelah tiang. masa kitorang sampai pun dah ada yang menunggu siap beratur lagi. harga pun berbeza ikut jenis lauk yang korang ambik. macam aku, nescafe ais RM2. nasi kandar + sotong dua ekor + kuah campur + timun, RM11. puas hati la dan aku rasa kuah campurnya lagi sedap berbanding kat line clear. makan jangan gelojoh. makan lek lek. bukan apa, nanti tercekik ke apa. tak best la kan. 


habis makan, kitorang pun balik lah ke guesthouse dengan perasaan sedih sebab esoknya adalah hari terakhir kitorang kat sini. sobs. 

okay. jumpa lagi kat blogpost terakhir nanti. (:

No comments:

Post a Comment