#48 sabah

heyho sebenarnya trip ke sabah ni dah boleh kata berlalu dalam dua bulan (?) biasalah petang tadi baru rajin nak transfer gambar dari ryan (baca: tab) ke jade (baca: laptop). okay jom. 

22042013


dalam pukul 1835, naik flight dari lcct ke kota kinabalu. penerbangan ke sana aku assume dalam dua jam. sampai airport kota kinabalu dalam 2035 lah. sampai-sampai terus call kereta sewa. kitorang memang dah booking kereta sewa awal-awal. best oh dapat myvi boleh tahan baru. dapat kereta terus gerak cari hotel. memandangkan kitorang pergi sabah on weekdays, makanya banyaklah hotel-hotel kosong. elakkan pergi masa cuti sekolah sebab selalunya harga bilik lagi mahal.


ini view dari bilik aku. nama hotel ni, hotel iskandar. kalau satu bilik kongsi dua orang, kira kasar sorang dalam lingkungan 40myr. depends pada hotel lah. hotel biasa dapatlah murah, hotel lima bintang memang harga pun lima bintang lah. lepas dapat kereta sewa memang kitorang pusing-pusing masuk semua hotel. minta harga bilik then compare yang mana paling murah & memuaskan hati. makanya, malam pertama kat kota kinabalu, kitorang pilih hotel iskandar. wifi pun laju. ahaha! 

23042013


check out hotel iskandar. lepas breakfast terus pergi jesselton point nak ke pulau-pulau tarikan kat sini. banyak pakej ada kat sini, pandai-pandailah korang pilih yang mana paling okay dan berbaloi. kitorang ambil pakej dua pulau untuk student price, 40myr (assumption) per head. kitorang pilih pulau manukan & pulau mamutik. ikutkan nak pulau sapi & pulau mamutik, tapi orang kaunter pakej tu kata pulau sapi full ada rombongan cik kiah dari china. 


inilah bot yang bawa kitorang. encik yang bawa bot ni, kalau korang dulu-dulu tengok wrestling, kan ada sorang wrestler namanya booker-t tu, haa muka encik yang bawa bot ni ala-ala wrestler tu. ahahaha. laju oh dia bawa. rileks siap boleh buat willy lagi. okay tipu. 



ini masa atas bot. cantiknya! jangan lepaskan peluang korang ambil gambar view. memang cantik. boleh berangan atas titanic, cuma kena duduklah. kalau tak, tak seimbang bot tu. bahaya oi! haha. pulau pertama yang kitorang pergi, pulau manukan.


antara view kat pulau manukan yang aku capture. kat sini ada sediakan pakej siapa-siapa nak scuba diving ke. ada banana bot. ada para sailing. ada scuba doo (kalau tak silap namanya macam ni.) disebabkan status kewangan yang cukup-cukup makan, kitorang tak buat semua aktiviti tu. datang untuk main simbah-simbah air, duduk atas batu dan bergambar je. ahaha! tapi seronok!


jangan duduk je. korang patut tawaf pulau tu sebab banyak gila port-port cantik nak ditatap indah. kat manukan ni boleh kata redup jugalah. mencabar tahu nak meredah batu-batu ni. ada yang licin. kitorang lepak kat manukan sampai pukul 1400 kalau tak salah. then, encik bot datang angkut bawa pergi mamutik pula.


mamutik ni terik sikit kalau nak dapat port yang berangin. ini betul-betul terpencil duduk. memang sunburn lah muka. kat tempat yang aku duduk ni, banyak oh ikan belacak berjemur kat batu. view dia, jangan cakap. cantik oi!


bila dah lama duduk kat batu, kitorang pindah lepak kat area berpasir. dari jauh boleh nampak hujan turun kat area bandar. dalam pukul 1600, kitorang siap-siap nak balik ke jesselton point. bot pun sampai lambat. lepas tu kena tukar bot kat tengah-tengah laut. masa ni dah start gerimis halus.

destinasi seterusnya, ke pasar filipina. cari segala macam souvenirs, brooch, kuih cincin, rumpai laut, ikan bilis. aku nasihatkan korang survey-survey dulu. cari kedai paling murah kau boleh dapat brooch sederhana besar tu 10myr je! sebab aku malas nak jalan, aku beli je kat kedai first aku singgah. satu brooch 15myr. sekali masuk kedai-kedai lain, amekaw. 10myr je. hampeh. kalau tak nak beli kat pasar filipina ni pun tak apa. korang boleh beli kat pasar malam kat area hotel. sama je boleh dapat 10myr.

dah penat pusing pasar, kitorang cari hotel lain pula. ahaha! saja nak tukar-tukar hotel dengan range harga yang lebih kurang. so, kitorang pilih hotel victoria. better than hotel iskandar tapi wifi dia slow. hahahaha!


dari bilik aku kat hotel victoria. dah terang padahal baru pukul 0614 okay! 

24042013

check out hotel, pergi breakfast sebab nak mula jalan jauh. destinasi seterusnya; kinabalu park. lebih kurang sejam ++ drive dengan bantuan waze dan signboard. make sure bateri phone bagi full bar. hehu. on the way, jangan lupa buat pit stop ambil gambar. banyak view cantik along the way nak ke kinabalu park tu. 



tadda! dah sampai kinabalu park. ini view dari atas beranda yang kat gambar first. kinabalu park ni lokasinya kat ranau. lalu jalan-jalan biasa, banyak 4wd. hati-hati sebab ada yang bersimpang siur. diorang kat sini rileks je bawa 4wd laju gila kat corner tajam. kagum. kagum. masuk kinabalu park ni entry fee 3myr per head. ada banyak laluan trekking kat sini dan kat sini juga ada gate nak hiking naik kinabalu. namanya timpohon gate. 


kitorang panjat satu trail nak ke water fall view, 120m. bayangkan lah aku dengan dokmat, serius penat!! sebab macam out of the blue main panjat-panjat.


but, worth it! view yang cantik. tapi kind of sad disebabkan kitorang sampai kinabalu park ni pun dah dekat tengah hari, kabus dah mula menutup puncak. then kat pondok timpohon which is tempat mula daki nak ke gunung kinabalu, atas pondok tu macam ada beranda. naik beranda, korang boleh nampak gunung kinabalu. dan ada dua tiga ekor tupai tak tahu nak describe jinak ke liar, diorang dengan selamba akan datang dekat dengan sesiapa pun. ahahaha! beware, diorang menggigit. ada sorang pakcik tu siap kena kiss lagi jarinya. sebab tak dapat tengok puncak yang dah dilitupi kabus tebal, kitorang pun gerak keluar dari kinabalu park.

sambil tu cari satu tempat penginapan ni tak tahu nak describe hotel ke chalet ke apa. ahaha nama dia something strawberry. yalah dah sampai kundasang ni, kenalah cari tempat tidur.



something strawberry. sekali tu harga bilik agak mahal bagi kitorang so tak jadi stay. then, kononnya naklah merasa strawberry kundasang. tapi semua dah sold out. yang tinggal cuma biskut jem strawberry & strawberry kering je. kat sini pun ada rose garden. oh hotel ni ada macam taman rose & strawberry. entrance fee untuk outsiders (bukan guest hotel) bayaran masuk 1myr. untuk guests, free. tak boleh petik, cuma boleh tengok dan ambil gambar je. hukhuk. dan kitorang meneruskan perjalanan lagi ke desa dairy farm yang popular dengan lembu-lembu new zealand-nya. bayaran masuk, dewasa: 3myr. kanak-kanak: 2myr. seingat aku, kitorang guna harga student tapi tak sure berapa. 2myr kot.


pilihlah nak yang mana. jangan cuba-cuba buka tingkap kalau tak banyaklah lalat masuk dalam kereta. baunya pun menusuk ke lubang hidung. tapi lembu-lembunya sihat, besar. time ni semua dah melepek kekenyangan. semua duduk-duduk je halau lalat.


kalau dah sampai ke desa dairy farm ni, wajiblah cuba fresh milk dia. aku ambil coklat. sedap! serius sedap! satu bekas ni 500ml, 3myr kalau tak silap. rasanya tak terlalu susu, dan tak terlalu coklat. manisnya pun balance. overall, sedap!!!

sudah semestinya wajib bergambar kat batu yang jadi mercu tanda tempat ni. hehu hehu. jangan lupa panjat sampai atas, boleh tengok lembu-lembu dari jauh.


aku tak ingat sebelum atau selepas ni kitorang pergi poring hot spring atau ke sini dulu. sebab ke poring time tu dah petang sangat, dah nak tutup. so kitorang decide nak pergi esok paginya. maka ke sinilah kitorang. kundasang mungkin jadi tempat tanaman sayur-sayuran disebabkan cuacanya yang sejuk. paling ketara adalah penanaman kubis. sanggup okay dah lah naik myvi, lalu jalan berbatu semata nak naik sampai kat area rumah bulat atas bukit. cantik weh rumah-rumah tu yang kitorang assume mungkin rumah inap. tapi macam dah lama tinggal. sempatlah naik ke rumah, dok hello hello takda yang menyahut. intai dari luar, takda orang. view kat gambar atas ni, view dari halaman rumah bulat tu. cantik kan?


padahal time ni dah mula nak hujan. sanggup lalu lecak tanah lembik nak cari jalan ke tempat kubis ni. dapat pun sampai. habis kotor kaki seluar, kasut berlumpur sikit. hahaha! nak dijadikan cerita, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. memang berlari-larilah kitorang masuk kereta. kelakar!


pergi pula ke sabah tea. ambil-ambil gambar je masa ni sebab dah pukul 1700. acah-acah dejavu di kinabalu sat. haha lepas tu terus pergi cari tempat tidur kat area kinabalu park. sebab dah plan nak pergi sana balik, nak juga tengok puncak gunung tanpa ada kabus tebal. ahahaha! around pukul 2000 ++ lepas survey semua resort, hotel, chalet, dorm. kitorang pilih satu chalet ala-ala dorm ni. satu bilik dua orang, sorang keluarkan 20myr je. sejuk gila! takyah mandi weh. haha


25042013

check out 0530. time ni kat semenanjung gelap lagi. kita pun berdengkur lagi kan? kat sini, 0530 semua dah terang, dah pergi kerja. shoot pergi kinabalu park. yay! dapat tengok puncak! ambil gambar sekeping dua.


view kat kinabalu park jam 0613. sejuknya. bestnya. serius weh, trip ke sini buat aku tak nak balik semenanjung dah. hidup sederhana, dengan cukup benda-benda asas dah memadai. disebabkan ini kali kedua kitorang ke kinabalu park sebab semalamnya dah pergi, so yang ini kitorang just bayar entrance fee 3 myr je untuk semua kepala. hehe.


yang ini dah nak jam 0700. jelas nyata dan terang kan? dah puas ambil gambar, kitorang terus pergi poring hot spring. makan masa sejam jugalah. jalan pun bersimpang siur. macam ular kena palu.




entrance fee 3myr per head. kat poring hot spring ni ada gua kelawar, air terjun thrill & tak thrill, taman rama-rama, kolam air panas, canopy walk. kitorang pergi canopy walk je. masuk 3myr per head. canopy walknya taklah panjang pun. dalam 3 4 stesen. best main lompat-lompat atas jambatan gantung tu. hahaha! time ni aku pakai seluar tidur gambar kartun mickey mouse warna pink sebab aku tak bawa tracksuit. masa kat pulau pun aku bukannya berendam. setakat rendam kaki kat gigi air je. haha!


habis canopy walk, kitorang pergi air terjun dah lupa namanya. kat sini ada dua air terjun, kitorang pergi yang paling dekat. sebab nak kejar masa. sejuk! haha! berendam sampai kecut jari. mandi-mandi salin baju terus shoot balik ke kota kinabalu.




dekat area pasar filipina tu, ada dataran restoran seafood. murah. segar. sebelum pergi makan, kitorang singgah kat area observation tower. tengok kota kinabalu dari tempat tinggi katanya (sila lihat gambar 1 dan 2). lepas tu pusing balik ke pasar filipina, isi perut sambil menikmati sunset yang bagi aku, paling cantik yang aku tengok seumur hidup. huuu. rindu!

kemudiannya, bertolak ke airport. pulangkan kereta. lepak sementara tunggu check in. sempatlah tidur. flight around jam 2100 ++. tengah malam, selamatlah kitorang mendarat kat lcct. hati masa tu still tertinggal kat sabah! X( best sangat!

--

untuk bajet aku ni;

overall dalam 600myr aku habis (penginapan, kereta sewa, duit minyak, makan, souvenirs, entrance fees, pakej pulau). masa ni kitorang beli tiket promo air asia 98myr return.

next time, aku nak ke sini lagi dengan bajet yang lagi rendah. tidur kat masjid pun takda hal.


1 comment:

Anis Zafeerah said...

next time nak itot ! seriously cantik sangat, dah kau buat itinerary camni lg aku teringin nak pegi

Post a Comment