#46 bernikah tanpa apa-apa persediaan itu bahaya bagi aku


topik yang aku nak buka dalam entri kali ini bukan juga entri trip ke sabah aku. ahahahaha! okay. aku tak tahu nak mukadimah macam mana, maka aku akan terus mula dengan point-point aku.

lately, aku dihidangkan dengan gambar-gambar pernikahan, pertunangan kawan-kawan, senior sekolah. gambar-gambar mereka yang bakal menimang cahaya mata. aku dihidangkan juga dengan tweet-tweet berunsur "nak kahwin, calon tak ada", "nak kahwin muda" dan sebagainya yang seangkatan. eheh.

tak dinafikan, aku sendiri ada naluri nak berkahwin awal. awal yang aku maksudkan, adalah selepas aku habis degree. which means, by next year. amboinya. 

tetapi. 

bila aku tengok keadaan diri aku *sambil berdiri depan cermin*, "ini mustahil." tiba-tiba aku rasa entahlah. hidup belum stabil, rohani dan jasmani. takkan aku masih nak go on dengan naluri berkahwin awal. achievement pun tak boleh nak dibanggakan lagi. duit simpanan pun still mak abah yang top up  setiap bulan. lawaklah kan nak teruskan bernaluri kahwin seawal tahun depan. kahkahkah. dengan pengalaman sebenar yang memang berlaku depan mata, eheh. betullah yang senario yang berlaku depan mata sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku. dah lah memang aku ni suka decide membabi buta. so, i'll let everything flows to where it supposed to. no forces. no rush. take it slow.

itu je sebenarnya nak cakap. tiba-tiba kan up cerita macam ni. hahahahaha. banyak lagi yang aku nak achieve weh. terima kasih kawan-kawan yang menyedarkan aku, yang banyak lagi aku kena achieve sebelum melangkah ke alam berkeluarga sendiri. 

dan persoalan yang sebenar, "aku ni dah ready ke?" -- kalau dah ragu-ragu, eloklah hold dulu. muahahaha.

kbye.

1 comment:

umiradaud said...

ala apa salahnya kahwin pn, semua tu boleh belajar after kahwin apa...lalala

Post a Comment