#67 one thing that i need to do is to take one step closer to what i want to be


aku cemburu bila aku tengok kawan-kawan yang sudah pergi jauh, dan aku masih lagi di kedudukan yang tak berubah-ubah. aku tahu yang aku kena ambil langkah ke hadapan dan berjalan seiringan dengan mereka. cuma aku ini degil dan nakal, dan selalu melengah-lengahkan usaha. atau boleh dikatakan malas? aku cemburu tengok kawan-kawan yang boleh siapkan kerja awal. aku cemburu tengok kawan-kawan yang tak pernah sekali pun ponteng kelas. aku cemburu tengok kawan-kawan yang masih tersenyum dan ketawa walaupun mereka dikelilingi masalah. aku cemburu tengok kawan-kawan yang dapat merasai kemanisan sebuah ukhwah yang dijaga rapi. aku cemburu tengok kawan-kawan yang ... pokoknya, lebih bagus dan bermatlamat jauh berbanding aku.

balik dari setia city mall, yang tujuannya nak beli sandal getah warna hitam dekat cotton on, tapi tak ada. keluar saja dari parking, nampak bulan terang. tiba-tiba datang rindu. rindu pada macam-macam hal. rindu yang dipandu oleh momen-momen manis yang dikongsi dengan mereka. 

cemburu dan rindu. pernah tak terfikir yang dua-dua perasaan ini kadang-kadang berkait rapat? ke perkaitan ini pun sebenarnya bergantung kepada jenis situasi yang melanda? kah. aku tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan di sini. 

aku yang bersalah ke dalam hal ini? aku ke puncanya "kita" tak wujud lagi? dalam setiap perkara, memang kena aku saja ke yang approach dulu? sebab aku pun sesekali nak merasa, orang approach aku dulu. sebab, katanya dalam hidup kenalah ada give and take. ke dah tak boleh pakai semua itu? hmm.

kata dulu nak selalu ada, sama-sama.
kenapa sekarang aku dah tak rasa macam itu...

No comments:

Post a Comment