#59 entri tertunda : bukit saga route C

marilah aku ceritakan pula pengalaman hiking aku dan kawan-kawan di bukit saga. semalamnya, aku pun hiking ke bukit broga dengan classmates. kiranya, dua kali berturut-turut la aku hiking oi. hahaha! bukit saga terletak di ampang dan bolehlah kau mula google sekarang. hihihi ok. ada dua trail yang aku tahu untuk hiking bukit saga ni. satu melalui cheras (tak pernah lagi) dan lagi satu melalui ampang (route C). untuk pengetahuan korang, route C adalah route paling susah (seperti yang di-google). T_T tobat taknak ikut route C lagi. hahahahahaha!


penat gila sebab route C adalah laluan bertangga yang tinggi. disebabkan faktor fizikal yang sedikit rendah, lagilah terasa tekanan nak memanjat tangga-tangga. huuuuu. bayangkan lah baru lima minit naik, dah berhenti rasa macam nak patah balik. hahaha XD sampai kat pondok rehat, pergi bantai dekat sejam juga lah berehat. 


aku tak ingatlah kitorang sampai waterfall pukul berapa. hahaha dah tak larat nak tengok jam. kitorang tak naik sampai puncak pun. kitorang punya hasrat memang nak sampai ke waterfall je. itu pun dah lewat mendaki tangga botingkek-tingkek. huuuu


duduk diam-diam kat situ, rasa macam kena hentam dengan hujan bulat besar. hahahaha apa-apa pun, it was one of the best experiences i've ever had. masa on the way turun, macam gerimis sikit. dah la trail memang licin. kitorang naik pakai kasut masing-masing beria tunjuk power. bila nak turun, main redah pakai selipar siap selipar jimba nak kena hanyut dah masa redah sungai. haha. lepas tu tak sedar kaki berdarah. aku syak pacat sedut darah sebab nak kata luka ke apa, takda sakit pun. 

turun je bawah, busuk-busuk terus pergi singgah masjid. mandi sikit, solat dan menuju ke setia city mall untuk aktiviti makan dan menonton wayang. oblivion tak best ok. hahahaha bukan selera akulah dah la blur jalan cerita malas nak fikir.

*aku ada tak cerita pasal bukit broga?*

No comments:

Post a Comment