#56 one day trip ke santuari ikan sungai chiling

hai. lama tak bercerita pasal aktiviti hidup seorang aku melainkan entri-entri berunsurkan emosi dan yang seangkatan dengannya. ehek. jadi, kali ini aku nak menyajikan sebuah cerita bergambar apa yang aku buat dengan classmates aku. 

hari sabtu bersamaan dengan 28092013, kitorang telah merealisasikan impian nak jungle trekking dan meredah sungai kat Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Seramai 14 orang + seorang lecturer & anaknya turut serta dalam aktiviti kali ini. (aku macam rasa ayat aku ini serupa karangan sekolah punya standard.)

kalau ikut perbincangan di group whatsapp, pukul 0630 dah gerak dari shell seksyen 9. tapi biasalah, semua berbual. 0730 baru nak gerak rasanya. perjalanan dari seksyen 9 diteruskan ke rumah aqeel kat damansara. sebab nak jimat kos tak nak carpool banyak kereta, kitorang naik innova dan naza ria sumbat semua orang. muat tak muat, kena juga muatkan. haha!

perjalanan dari damansara ke kuala kubu bharu melalui highway plus memakan masa dalam sejam. congcengcongceng. dalam pukul 1000 dah sampai kat sungai chiling. yay!


ini pintu masuk nak ke reception. kena jalan sikitlah. bayaran yang dikenakan 1 myr seorang. aku sarankan sesiapa yang nak ke sini, ada baiknya pergi awal sebab tak ramai orang lagi. 


dekat reception, kena daftar nama in case ada apa-apa emergency ke apa ke. who knows tomorrow, kan? kitorang yang pergi ni rata-ratanya pakai selipar biasa. sebab nak redah sungai. tapi aku nasihatkan kalau nak pakai selipar pun carilah yang menutup jari kaki dan yang bertali belakang. senang nak redah sungai ke apa tak payah buka selipar dan untuk mengelakkan korang tersadung akar pokok. on the way turun, aku tersepak akar. berdarah kuku T_T tips: coverage celcom adalah yang terbaik kat sini, sampai ke waterfall pun line tiptop. maxis dan digi, boleh simpan siap-siap. eheh 


dah siap register nama dan bayar fees, kitorang pun mengorak langkah dan ini adalah salah satu daripada lintasan sungai yang kitorang lalu. best gila sebab korang boleh nampak ikan-ikan berenang kat situ. tips: untuk mengelakkan kebasahan gajet-gajet dan barang berharga serta pakaian, korang disarankan guna beg yang kalis air atau masukkan gajet dalam plastik kedap udara. actually makanan tak dibenarkan dibawa, tapi pakcik kat registration bagi chance (agaknya) dengan syarat sampah dibawa balik. 


laluan pun tak sesukar laluan masa hiking bukit saga dulu. eh, aku ada tak buat entri pasal hiking ke bukit saga? tak ada ey? hm akan cuba diusahakan. hehe. laluan kat sungai chiling ni okay. kena hati-hati sebab akar-akar pokok boleh tahan besar. dalam pukul 1100, setelah melintasi 5/6 sungai, sampailah kitorang kat waterfall. cantiknya, subhanallah! (:


rilek brader, brader rilek. sebelum terjun moh la isi perut dulu. tiga buku roti, dua bekas sardin spread dan sedikit cikedis. semua dah serupa piranha. hahahaha jangan lupa bawa bekal air kosong yang mencukupi. 


it's time! lagi seronok kalau aku ni pandai swimming and diving. huuuu nak ke tempat batu tu dalam, dan aku adalah manusia penakut dengan air-air yang kaki ni tak dapat nak jejak dasarnya T_T rugi ok tak dapat nak buat aksi stunt diving macam diorang. dua jam berendam sampai kecut jari dan menggigil. dalam pukul 1330, siap-siap nak turun ke base. salin baju dan solat. dan bertolak balik ke shah alam. 

ok bye! :D

No comments:

Post a Comment