#36 big bad wolf

jumaat lepas, aku pergi big bad wolf. perancangan awalnya, aku gerak secara solo memandangkan semua member yang aku ajak, semua ada plan masing-masing. nak buat macam mana, jadual tak sama. kehkehkeh. jadinya, memang dah rancang akan gerak sorang lah.

tiba-tiba khamis malam jumaat, kecik mesej aku kata nak ikut. so jadilah berdua. pagi jumaat tu aku tumpang naik kereta fedy sampai ke the mines. sementara tunggu kecik, aku pusing-pusing lepas tu masuk big bad wolf dulu. survey buku.

keluar balik sebab nak escort kecik. masuk balik sambung cari buku. agak kecewalah sebab aku tak jumpa semua buku yang dalam list aku nak untuk 2013. 


kafka on the shore tu macam langkah kanan aku jumpa. serius aku tak nampak bayang-bayang buku murakami yang lain. atau sebenarnya dah all sold out tanpa aku sedar? kahkahkah ini pertama kali aku spend bawah 50myr. ingatkan nak beli lagi tapi aku tahan nafsu.

sebabnya banyak lagi buku belum habis baca. aku decide untuk buku english aku nak hold dulu beli kat bookstore. aku nak cari yang secondhand @ rejected punya. harga lagi murah gitu. 

kecik beli lapan buku. lepas dah bayar, kitorang pergi makan kat kenny. macam biasalah quarter meal dengan tiga side dishes. borak makan. aku balik. kecik sambung books-hunting dan aku jealous kuasa lapan. 

it was a real good day to catch up with her. 


1 comment:

Anis Zafeerah said...

miss catching up with u too ! <3

Post a Comment