#5 semalam adalah sejarah

sejarah lah sangat. tapi memang sejarah pun. bayangkan, selama 2 tahun aku dapat lesen memandu kelas D, belum pernah sekali pun mak bagi lampu hijau pada aku untuk drive vios dia. selalunya aku cuma dapat lampu kuning. paling sadis, lampu merah. yalah, risau sebab aku memang terlalu jarang drive kereta. masa dekat perak pun, aku berani drive kereta spesies viva & myvi aje. itu pun setakat dari seri iskandar ke taman song choon; rumah siti. 

tetapi semalam adalah sejarah! mula ceritanya, aku bagitahu mak pasal nak pergi beraya ke banting-bbst-putrajaya. nak drive lah kan. aku bawa pika temankan aku. mak suruh bawa iswara tapi nani kata brek iswara macam masalah sikit so agak bahaya lah. aku pun kipas-kipas mak, kot boleh bawa vios. sekali mak bagi. mak kata, 'biar adik biasa bawa kereta. berani sikit.' 

rancangnya, aku nak balik sebelum maghrib sebab aku takut nak drive malam-malam. silau. bila dah silau, aku cepat panik. tup tup semalam memang balik malam. menggelabah gila sampai rasa nak menangis. cuak duh drive malam-malam dekat area olak lempit, sungai buaya, kanchong tengah, gadong. sebab jalan gelap takda lampu then kat olak lempit banyak kereta. silau tak nampak jalan, aku bantai langgar lopak air kat bahu jalan.

skill memandu pula teruk betul. main brek mengejut lah sebab tak nampak bonggol. aku drive tapi aku pun ikut mabuk. haha. nasib baik tak muntah. balik rumah, major headache tapi sempat tweet tweet kejap. mak siap pesan, 'lepas ni boleh lah drive lagi.' aku surrender nak drive malam lagi. bahaya.

terima kasih co-driver pika dan awe. kita pergi dan balik dengan selamat semuanya. alhamdulillah (:

No comments:

Post a Comment